Gedung Maklumat

Gedung Maklumat

Tuesday, January 19, 2010

Pesan roh kepada manusia hidup

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.


“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.


"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

Tuesday, July 17, 2007

Fadilat puasa sepanjang Rejab

Umat disyor tingkat iman, ibadat pada bulan ketujuh kalendar Islam
REJAB bulan ketujuh dalam kalendar Islam muncul lagi. Rejab yang bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya adalah bulan yang sangat mulia. Pada bulan itu mengandungi peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa daripada tangan tentera Salib dan ada berpendapat bulan inilah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad. Tidak kurang juga ramai melihat Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.
Tarikan dan seruan yang ditiup ke dalam jiwa umat Islam terutama untuk melakukan ibadat dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis yang mengandungi fadilat ibadat di dalam bulan itu. Justeru, Rejab sebagai bulan yang sangat mulia, sewajarnya umat Islam mengambil kesempatan untuk menambah amalan. Banyak hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh sahabat mengenai kelebihan Rejab:Amalan terbaik di dalam Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah mengenai kelebihan berpuasa pada Rejab adalah seperti berikut:

Puasa satu hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa dua hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
Puasa tiga hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
Puasa empat hari - diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
Puasa lima hari - aman dari azab kubur.
Puasa enam hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa tujuh hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
Puasa lapan hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
Puasa sembilan hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji.
Setiap umat Islam berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.Orang yang lemah daripada berpuasa pada Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain pada Rejab:
Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalam Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali dalam Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah, Ramadan bulan umat Rasulullah.
Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman manakala Ramadan bulan menuai.
Amalan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.
Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadan menggandakan kebajikan.
Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
Pahala amalan baik Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Ramadan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab:
Israk dan Mikraj (27 Rejab)
Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)
Perang Tabuk terjadi di dalam tahun kesembilan Hijrah.

Doa pada Rejab:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikan kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan mengakui dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.Beristighfar paling baik dalam bulan Rejab:Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.

Sunday, July 15, 2007

Kelebihan Bulan Rejab

"Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Imam Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya. Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu.
Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan).
Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P E R H A T I A N Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum..Renungan untuk teman2-ku, RamadhanMubarak! S elamat Datang Bulan Ramadhan... Do'a Malaikat Jibril :
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yangberikut: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masihada); Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri; Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullahpun mengatakan amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at. Tanpa Disedari
11 bulan banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan,
11 bulanbanyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan,
11 bulanbanyak keluhan, kebencian , kebohongan menjadi bagian dari diri ,
saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia" saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga, saatnya menikmati indahnya kemurahanNya saatnya memahami makna pensucian diri Selamat menunaikan Ibadah Puasa bersama kita leburkan kekhilafan , Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan Keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah
"Selamat Berpuasa kepada semua"...

Nisfu Syaaban

Nisfu SyaabanAssalamualaikum w.b.t...Untuk makluman semua....
Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Khamis malam Jumaat ( sebaik saja masuk maghrib), 08hb September 2006 selepas maghrib pada hari 15 Sya'aban 1427H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat)Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22 kali.Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam PenghidupanAntara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi AllahYusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yangberdendam marah hatinya kepada saudaranya.Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA JUMAAT 08hb SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK. ..

Jangan-jangan

Ø Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur, itu lain cerita.
Ø Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa
keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Ø Jangan makan dan minum dalambekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia
membahayakan.
Ø Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi
kepapaan.
Ø Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).
Ø Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi
syaitan.
Ø Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.
Ø Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
Ø Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Ø Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Ø Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita
bersalah.
Ø Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Ø Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila
berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
Ø Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
kita.
Ø Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Ø Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih
orang kepada kita.
Ø Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.
Ø Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih
lama dan kekal selamanya.
Ø Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk
keselamatan kita.ALLAH lebih tahu apa yang terbaikuntuk hamba ciptaanNya.
Ø Dan yang paling penting,Jangan RIAK, SOMBONG, ANGKUH,Nanti di laknat
ALLAH....Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampunibagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

Wednesday, May 9, 2007

hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Sabtu - 12 Rabiul Awal 1428 / 31 Mac 2007
Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah." Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga." Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam."
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Jalalaludin As-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu Wataala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya."
Beliau berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Subhanahu Wataala akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu."